Semasa di perpustakaan pada hari selasa yang baru-baru ini, sebaik sahaja saya selesai meminjam 4 buah buku untuk dibaca, saya di sapa oleh rakan blogger (pemilik blog Akar Bangsa).
"Banyaknya hang pinjam buku?" sapanya
"Biasalah baru nak belajar membaca"jawab saya sinis
"Hang pinjam banyak-banyak ni sempat ka baca dalam dua minggu?"Tanya rakan saya seolah-olah tidak mempercayainya saya insyaAllah mampu membaca buku yang saya pinjam
"Masa bila hang baca buku tu?"tanyanya lagi kehairanan.
"Kalau aku cerita dekat hang, mesti hang tak percaya punya"jawab saya dengan penuh keyakinan bercampur rasa bangga.
"Hah,ceritalah aku nak dengar"katanya sambil memasang telinga.
"Sebenar aku sekarang ni, begitu sanggup untuk bangun seawal pukul 4 pagi untuk membaca setelah solat dua rakaat"kata saya memberikan penerangan
"Hang tak mengantuk ka kat sekolah"tanya rakan saya
"Alhamdulillah, setakat yang aku amalkan apa yang aku bagi tau hang ni aku dah baca lebih 50 buah buku. Yang mana tidak pernah terlintas untuk aku buat pun sebelum ni."
"Wah, ok le tu, bila-bila ceritala buku apa yang hang baca kat aku"kata kawan saya memberikan sokongan.
Perbualan kami terhenti apabila saya melihat jam ditangan menunjukkan pukul 3.10, menandakan waktu untuk kami pulang. Semasa memandu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terkenangkan perbualan saya dengan rakan di sekolah tadi. Bermacam-macam soalan bermain difikiran saya tentang kerelevenan pemberitahuan kisah waktu saya peruntukkan untuk membaca. Soalan itu terjawab takkala saya sampai di rumah melihat slogan yang saya tulis di perpustakaan mini milik saya "Membaca kunci ilmu pengetahuan".
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang suka menceritakan apa yang saya lakukan kepada rakan-rakan tapi desakan membuatkan saya lantas terus membicarakan apa yang saya lakukan. Apa yang berlaku pada saya dan kisah jatuh cinta dengan buku ini bermula apabila saya membaca buku bertajuk "Jika anda ingin berjaya, bersolatlah" karangan penulis dan pendakwah Indonesia Saudara Muhammad Rusli Amin. Buku yang sarat dengan pelbagai motivasi ini ternyata mengubah cara pemikiran saya. Saya berubah setelah membaca buku ini. Saya lebih menghargai masa dan masa-masa lapang saya. Rupa-rupanya apa yang saya buat sejak dari lapan bulan yang lalu meruupakan kaedah dan pendekatan yang dilakukan oleh cendiakawan Islam di masa yang lampau. Seperi mana tertulis dalam artikel yang saya baca dalam majalah I keluaran Karangkraf edisi April. Alhamdulillah dapat juga saya mengetahui bagaimana ulama silam menghargai masa mereka. Ikutilah kisah yang menarik ini yang saya petik dalam Majalah I itu
"Setelah selesai melaksanakan solat Jumaat, Ahmad bin Yahya As-Syaibani tidak keluar masjid kecuali setelah melaksanakan solat Asar. Dengan tangan yang tidak melepaskan kitab, dia keluar. Tidak ingin waktunya habis hanya berjalan, sambil mengayunkan kaki pun, dia menelaah kitab tersebut. As-Syaibani adalah salah seorang imam dalam bidang nahu, hadis serta qiraat. Ulama yang lahir dalam tahun 200H ini terkenal amat cermat menghargai masa, hingga tidak sedetik pun masa terbuang sia-sia. Jika orang lain mengundangnya untuk datang, ia memberi syarat agar yang mengundang menyediakan tempat yang cukup baginya, agar dia dapat menyimpan kitab dan membacanya. Suatu ketika pendengaran As-Syaibani sudah mula berkurang. Dia mengenali suara jika pihak yang bercakap dengannya, bercakap dengan bersungguh-sungguh. Suatu ketika, kerana terlalu asyik membaca buku sambil terus berjalan, tanpa disedarinya seekor kuda tunggangan berlari laju ke arahnya. Ia tidak sempat mengelak, sehingga terlanggar dan badannya terpelanting dan dia pengsan. Orang ramai yang berada di situ lalu membawanya ke rumah. Setelah sedar, dia mengeluh kesakitan di bahagian kepala. Pada hari kedua selepas kejadian itu, dia pun menghembuskan nafas yang terakhir (Al Hats ala Thalab Al Ilmi wa ijtihad fi Jam'ihi m/s 77)" Majalah I April 2010
Begitulah para ulama memanfaatkan masanya. Apa pun yang mereka lakukan, mereka tetap berusaha agar masa yang terluang tidak terbuang sia-sia, walau ada ketikanya mendatangkan risiko pada diri mereka.
Semoga dapat diambil sedikit pengajaran...
Wassalam
13 years ago
1 comments:
Assalamualaikum. Bercerita sesuatu kepada orang lain dengan niat sebagai pengajaran dan tauladan tidak mengapa....asalkan jgn ada rasa ujub.
Post a Comment