expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Antara pohon semalu dan ketinggian darjat wanita....

Saturday, October 24, 2009

Antara pohon semalu dan ketinggian darjat wanita....


Wanita dijadikan oleh Allah SWT sebagai teman kepada kaum lelaki. Dalam agama Islam wanita diletakkan pada tempat yang tinggi darjatnya. Malah dalam Al-Quran sendiri, Allah telah merakamkan satu surah yang khusus untuk wanita iaitu Surah An-Nisaa'

Tambahan pula ada suatu peristiwa yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW dengan puterinya yang melambangkan kemuliaan wanita di sisi Islam..

Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait dengan sifat wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah SAW menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini melalui empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai malu pada tempatnya.

Kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita yang sejati.

Ketiga, pohon semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah SWT.

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila menjelang senja. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumah mu apabila waktu semakin senja.

Semoga perkongsian kisah ini akan mengingatkan kita bahawa wanita adalah amat berharga dan harus dijaga dengan baik....

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--