Thursday, August 27, 2009

Buku pilihan bulan ini

0 comments
Tajuk buku: 10 tokoh sarjana Islam paling berpengaruh di abad ke-20 dan ke-21

Buku yang saya pilih untuk di baca pada bulan ini ialah buku biografi yang dikarang oleh ustaz Mohd Rumaizuddin Ghazali pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia
Buku ini menarik kerana ia menceritakan tentang 10 tokoh islam yang paling berpengaruh pada abad ke-20 dan ke-21. Tokoh-tokoh yang dikisahkan dalam buku ini oleh penulis amat berjasa dalam mengekalkan ilmu islam dam daulah islamiah yang semakin tercabar dewasa ini.
Sunnguh sedih apabila kematian para ulama yang amat berjasa, tiada siapa pun merasainya. Berbeza dengan matinya penyanyi seperti Michael Jackson masyarakat heboh terpampang didada-dada akhbar dan televisyen.
Benarlah kata Rasullullah SAW "Allah tidak akan mengambil ilmu dari satu-satu umat tetapi Allah akan mengambil nyawa orang-orag yang berilmu dikalangan mereka"
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Rumaizuddin Ghazali kerana berjaya menulis buku ini. Semoga dengan kehadiran buku ini dipasaran akan menaikkan semangat para muslimin dan muslimat di Tanah Melayu iaitu Malaysia ammya untuk meneroka ilmu yang maha luas ini.

10 tokoh yang telah dimuatkan dalam buku ini ialah

1. Mustafa Al-Syiba'iy (1915-1964)
"Hidup ini perlu kaya dengan pekerjaan-pekerjaan yang agung dan pendek angan-angan"

2. Dr Yusuf Musa (1899-1963)
"Sesungguhnya umat ini tidak sunyi daripada orang yang pakar dalam perundangan Islam pada setiap zaman"

3. Mahmud Shalut (1893-1963)
"Saya rela berpisah dengan al-Azhar sekali lagi dan menyara kehidupan saya dan anak-anak dalam keadaan miskin daripada menggadai maruah"

4. Muhammad 'Imarah (1931-kini)
"Kebangkitan Islam ialah memberi kesedaran yang menyeluruh kepada umat Islam dan menjadikan umat Islam merdeka yang sebenarnya"

5. Muhammad Al-Ghazali (1917-1996)
"Siapakah yang akan dikebumikan di tempat yang mulia ini (tanah perkuburan Al Baqi')yang begitu dekat dengan Masjid Rasullullah? Lalu mereka menjawab, "Orang itu adalah Muhammad al-Ghazali".

6. Abu Hassan Ali al-Nadawi (1914-1999)
"Saya menulis buku-buku bukan untuk generasi saya tetapi untuk generasi kini dan seterusnya, bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk ditatap oleh generasi seterusnya sebagai bekalan dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini."

7. Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi (1934-1998)
"Pada hari ini, kita perlu menjadi seorang muslimin,seorang hamba Allah. Tidak ada penyembuhan melainkan kita menjadi hamba kepada kebenaran"

8. Syeikh Muhamad al-Mutawalli al-Sya'rawi(1911-1998)
"Jagalah dan peliharalah tawaduk kerana rahsia-rahsia ilmu tidak akan diperoleh oleh orang yang sombong"

9. Dr Wahbah al-Zuhayli (1932-kini)
"Berhati-hati dengan propaganda musuh yang senantiasa ingin meruntuhkan umat Islam yang ingin ke hadapan dan maju"

10. Dr Yusuf al-Qaradawi (1926-kini)
"Pada hakikatnya, saya mencintai segala jenis ilmu Islam serta ilmu-ilmu bantu yang dapat memberi kefahaman ilmu-ilmu Islam itu. Oleh itu, saya amat mencintai Bahasa Aab kerana bahasa Arab adalah lidah rasmi Islam. Disamping itu, Bahasa Arab adalah syarat memahami Al-Quran dan al-Sunnah, Ijtihad dan cara pengambilan hukum"
Begitulah 10 tokoh yang amat berpengaruh dalam dunia Islam yang telah dinukilkan oleh Ustaz Rumaizuddin
Banyak buku-buku dan kitab-kitab mereka yang telah dihasilakna oleh mereka dalam membantu menyelesaikan masalah umat pada abad ini.
Kepada raka-rakan pelawat blog ini yang cintakan ilmu..terokailah buku ini..Ia mungkin akan mengubah anda!

Baca selengkapnya...

Wednesday, August 26, 2009

Ayam masak merah

0 comments
Seperti mana dalam bulan puasa tahun-tahun lepas saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa bersama keluarga...
Antara masakan yang saya selalu masak setiap tahun ialah ayam masak merah
Untuk kawan-kawan yang nak mencuba masak ayam masak merah ni dirumah saya sertakan resepi dibawah..Cubalah ye..

Bahan-bahan ( masakan untuk 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
- salah satu alternatifnya ialah tak payah beli tomato dan sos tomato beli je pati tomato dalam tin selesai masalah-

## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
(yang ni tak payah pun tak pa sebab bila dah masak perut dah lapar)

Cara-cara
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato(kalau beli pati tomato masukkan le lepas tumis bahan yang dikisar). Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam.
Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Baca selengkapnya...

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

0 comments


Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak. Sesungguhnya pada setiap saat di dalam Ramadan ini terhimpun padanya segala-galanya dari Allah Azza wa Jalla.


Semoga Allah subhana taala menganugerahi kita ketaqwaan yang dapat mendinding kulit dan tubuh kita dari seksaan dan bencana yang tidak akan berakhir selama-lamanya di akhirat.

Semoga kita dapat merasai dan mengalami kedua-dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan di kala berbuka puasa dan kegembiraan yang hakiki sewaktu bertemu Allah.

Semoga kita membaca al-Quran dengan perasaan wahyu al-Quran itu Allah turun kepada kita. Supaya kita boleh berfikir pada setiap baris yang kita perlu fikirkan. Supaya kita dapat amalkan pada ayat yang kita wajib laksanakan. Supaya kita beringat pada larangan dan hukum haram. Supaya kita mengambil iktibar pada qasas al-Anbia’ dan golongan salihin. Supaya kita jadikan sempadan daripada terikut golongan yang laa’ibin, ghafilin, mujrimin, fasiqin, munafiqin, dan kafirin.

Semoga kita berlumba-lumba menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa. Semoga kita lebih banyak bersedekah kepada sesiapa sahaja walau banyak atau sedikit yang kita ada.

Di bulan Ramadan kita berpuasa lebih luar dari kebiasaan dari bulan-bulan lain yang kita puasa. Pada bulan ini juga kita bersembahyang lebih luar dari kebiasaan dari bulan-bulan yang lalu. Pada bulan ini kita bersedakah, membaca al-Quran, membantu orang, berdakwah, dan apa jua amal kerja kita baik lebih luar dari kebiasaan dari bulan-bulan yang lain. Semoga ketaqwaan yang diperoleh ini akan menjadi penguat kepada kita dalam untuk meningkatkan prestasi kita sebagai hamba-Nya yang benar-benar ‘ahsan’ dalam serba-serbi.

Baca selengkapnya...

Tuesday, August 18, 2009

Kenangan MotoGP 2008

0 comments
Seperti kebiasaan pada tahun-tahun lalu saya menganjurkan lawatan ke Sepang International Circuit untuk perlumbaan MotoGP. Tahun lepas masuk majalah! Tak percaya tengok gambar kat bawah ni



Saya berharapagar wabak HINI akan berakhir secepat mungkin kerana tak sabar rasanya untuk mengikuti perlumbaan motogp 2009
Baca selengkapnya...

Sunday, August 16, 2009

Kehilangan seorang mentor dan guru

0 comments
Pada hari ini, saya mendapat berita yang sayu dan sedih apabila Tn Hj Abdul Kazar b Mydin kembali ke rahmatullah.
Tn Hj Kazar merupakan salah seorang daripada perintis matapelajaran Applied Science di Malaysia. Beliau terlibat bermula dari tahun 1999. Beliau juga merupakan antara Jurulatih Utama dalam matapelajaran Applied Science khasnya dalam subjek kimia
Beliau banyak memberikan nasihat dan dorongan kepada saya dalam meneruskan perjuangan untuk subjek applied science
Kehilangan beliau amat dirasai oleh semua individu yang mengenali beliau khasnya para perintis dalam matapelajaran applied science
Saya mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat tempat bersama orang-orang yang soleh. InsyaAllah.
Baca selengkapnya...

Wednesday, August 12, 2009

Ilmu yang semakin hilang

0 comments
Salah satu matapelajaran yang saya minat dizaman sekolah menengah ialah kimia atau chemistry. Lantaran dari minat yang begitu mendalam dalam subjek ini saya mengambil keputusan untuk menerokai ilmu ini semasa berada di Universiti.
Hasilnya saya menjadi seorang yang berkelulusan dalam bidang kimia. Tambahan pula mengajar mata pelajaran kimia di sekolah selama 6 tahun lamanya.
Tetapi bermula pada tahun ini (2009) oleh kerana bilangan guru kimia yang semakin bertambah di sekolah dan kehadiran subjek applied science, saya tidak lagi mengajar mata pelajaran kegemaran saya. Hakikatnya ilmu ini semakin pudar dalam ingatan saya.
Justeru itu bermula dari minggu hadapan, saya bukan sahaja akan membincangkan tentang subjek applied science tetapi juga saya akan berusaha untuk membincangkan subjek kimia setakat mana yang saya mampu.

Dalam posting saya nanti saya akan sertakan
1. Nota-nota MS Powerpoint yang telah saya hasilkan selama mengajar kimia 6 tahun yang lau
2. Latihan-latihan dalam kelas samada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris
3. Soalan-soalan peperiksaan yang pernah dihasilka oleh saya sepanjang mengajar matapelajaran kimia atau chemistry.
Sepanjang tempoh mengajar kimia di SMTKKangsar selama 6 tahun keputusan peperiksaan SPM untuk subjek kimia kelas yang saya ajar di SMTKKangsar agak baik dimana setiap tahun kelas yang saya ajar mendapat keputusan 100%.
Saya ingin berkongsi maklumat dan berbincang dengan anda semua dalam usaha meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan saya dalam ilmu kimia.
Semoga dengan usaha ini, pengetahuan saya dalam ilmu kimia tidak akan terbiar dan hilang selamanya.
Baca selengkapnya...

Monday, August 10, 2009

Module 5 POWER

0 comments
Power In Mechanical Systems
Power is the measure of how fast the linear work is done
In linear mechanical systems, power is the rate of moving something in a straight line
Power is define as the amount of work done or energy consumed per unit.


Where, P = power in Watt or joule per second
W = work done in joule (J)
t = time taken to do work in seconds

For work done along a straight line it called linear mechanical work
where work is equal to force that move along the distance in straight line
W = F x s
where, F = force applied
s = distance along the force acts

For linear work such as lfting thing the work done is given by
W = m x g x h
where, m = mass of the object in kilogram
g = gravitational accelaration (10 ms-1)
h =height moved in metre.

You can try solving the problem below [the answer is 51.5 Watt]

When doing a ‘chin up’, Bukhari uses a force of 412 N to lifts his body a distance of 0.25 metre in 2 seconds.


What is the power delivered by Bukhari?
[Use, Power = Work/time , Work = Force x distance]

If you want more of exercise on power in mechanical system you can download by clicking below

download

If you need the answer, please put you request in the comment ok...
Baca selengkapnya...

Sunday, August 9, 2009

Kejohanan Bola Tampar Kelab Sukan dan Kebudayaan DUN Chenderoh, Parlimen Padang Rengas

0 comments

Hari ini (09/08/2009) berlansung kejohanan sukan KSK Dun Chenderoh, Parlimen Padang Rengas. Saya terlibat secara lansung dalam kejohanan ini di mana saya menjadi pengadil untuk kejohanan disamping menguruskan empat pelajar tingkatan empat dan seorang staf SMTKKangsar yang bermain untuk Zon Beluru.


Dalam kejohanan ini, sebanyak 6 pasukan bertanding iaitu pasukan dari Jamuan, Beluru, Cheh, Kubang Halban, Kati dan Sauk.
Dalam kejohanan ini, pasukan saya berjaya sampai ke peringkat akhir tetapi tewas dengan pasukan Sauk dengan 1-2 (25-18, 21-25, 12-15)
Bagaimanapun saya amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar dan staf dan berharap kami akan menjadi johan apabila kejohanan yang serupa di adakan di DUN Lubok Merbau nanti.
Walaupun agak letih dua hari ini (08/08/09 dan 09/08/09) tapi saya berpuas hati kerana dapat bersama-sama memeriahkan Kejohanan KSK pada tahun ini.
Tahun depan pasukan Bola tampar SMT KKangsar akan lebih memberikan saingan diperingkat pertandingan MSSD Kuala Kangsar. InsyaAllah



Baca selengkapnya...

Saturday, August 8, 2009

Kejohanan Petanque Tertutup Perak

0 comments



Hari ini (08/08/09) aku bersama dengan 10 orang pelajar SMTKKangsar telah menyertai kejohanan petanque "double" tertutup perak.
Aku partner dengan Syed Syariffudin (pembantu makmal), budak form 5 empat orang, budak form 4 enam orang.
Dalam kejohanan itu, penyertaan adalah amat menggalakkan di mana 44 pasukan dari seluruh negeri Perak. Antara pasukan yang datang bertanding ialah TLDM Lumut, IPD Ipoh, Penjara Taiping, DBI dan banyak lagi. Satu pasukan SMTKKangsar berjaya ke pusingan kedua tetapi kalah dan kami semua balik pada jam 3 ptg.

Tujuan aku menghantar budak ke kejohanan ini ialah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar Tingkatan Empat
Sebenarnya aku mempunyai misi untuk menjadi Juara Kejohanan Petanque Koperasi Perak dalam tahun depan. InsyaAllah.
Baca selengkapnya...

USM Tronoh dalam kenangan

1 comments
Entah kenapa waktu ini aku terasa ingin menulis tentang kenangan semasa aku belajar di USM Kampus cawangan Perak dalam tahun 1997-2000. Terlalu banyak kenangan yang aku kecapi di sana. Antara nama-nama yang masih aku ingat ialah Anas Ibrahim, Tajuddin, Awang, Mat Yus Terengganu, Pak Ku Langkawi, Aji, Sam, Jije...maafkan aku kalau aku tak ingat nama tapi muka kawan-kawan kalian semua jelas terpampang di minda cuma nama aku tak ingat
Aku tiba di USM KCP dalam bulan Jun 1997 bersama dengan Anas, kami menaiki teksi bersama dengan Ayah dan Ibu aku...Kami ikut jalan Beruas lalu Jambatan Nordin (sekarang dah tak de)...terima kasih Ayah dan Ibu
Tahun 1 aku duduk di desasiswa Lembaran satu bilik dengan Anas...depan bilik aku Tajudin dengan Mahzan (mana hang lani)...aku teringin sekali nak jumpa dengan hang
Tahun 2 dan 3 aku dok luar dekat tronoh jaraknya lebih kurang 15km dari Universiti....
Makin aku nak tulis makin sedih...jadi aku tulis sampai dekat sini je lah ye...
Baca selengkapnya...

Thursday, August 6, 2009

Kelebihan Bulan Syaaban

0 comments
Bulan Syaabanterkandung di dalam tiga bulan yang istimewa bersama dengan bulan Rejab dan Ramadhan
Diantara kelebihan bulan Syaaban ialah terletaknya malam Nisfu Syaaban. Sepertimana bulan Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya, Ramadhan dengan malam seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Disini maksud penulis ialah pada tiga bulan ini terdapat satu malam yang istemewa.
Dalam sebuah hadis ada dinyatakan , "Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasullullah SAW lalu berkata :Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan denganNYa seseuatu, kecuali tukang nujum (kahin), kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka ibu bapa.(Al-Hadis)

Bersama-samalah kita mengejar kelebihan bulan ini...InsyaAllah
Baca selengkapnya...

Tuesday, August 4, 2009

Permainan petanque dengan sentuhan sains

0 comments
Petanque with science touch!

Here is a diagram of an arm pendular motion in the game of bowls. This is only result of physical considerations and not from experience of an anciant champion. I was only a dilettante with no particular skill...


A - A strong shot to displace an other bowl.
B - A launch of bowl in order to fix the bowl in a precise location on the ground.
B - At C, are possibilities to communicate bowl effect by rotating it in the hand friction.

In starting this action, one uses the maximum effect of falling body of the bowl. This allows to remains supple and thus to get a maximal precision of the shot.

- petanque tir (Russian Federation) - mouvement tir pétanque (Air France)

Il faut bien avoir une vue aérienne du terrain, pour un carreau.

This is just a scientific theory based on the knowledge in applied science. Skill may be vary. Practice is essential
Baca selengkapnya...

Monday, August 3, 2009

Resistance in mechanical system

0 comments
Resistance in mechanical system [Rintangan dalam sistem mekanikal]

When an object is in motion need to be stop, it needs resistance. Hence, resistance opposes motion. When discussing resistance in an object, there two kind of resistance occurs, one is called friction and the other is drag.


What is a friction?

Friction is a force that opposes motion. It is absolutely important in our live. Just immagine without friction how we are going to stop
(a) a moving car
(b) a moving motocycle

Engineer always dealing with friction in kind of "love and hate" term. Well sometimes they love it but sometimes they hate it!

Way to reduce friction?

Simple just lubricate it, what i meant is use some lubricant

What is drag?

Drag is resistance due to friction between the body and the air. For example why they made a formula one car look like a bullet? Well they just want to reduce the drag...
Drag can be reduced by streamlining the body design (make it more aerodynamic)
Baca selengkapnya...

Sunday, August 2, 2009

Module 6 ENERGY CONVERTORS

0 comments
This week (03 August - 7 August, i will continue to discuss and explore the energy convertors with 5 AUTO and 5 KFL
Here a little something to share with all of you my blog viewers

This modul is devided into three sections
6.1 Mechanical energy convertors
6.2 Fluid energy convertors
6.3 Electrical energy convertors
6.4 Thermal energy convertors
In this posting i will only discuss 6.2 Mechanical energy convertors
What was being discuss here is the principle of energy conversion in a
(a)wind mill
(b)water pump
(c)alternator
(d)dynamo
(e)water mill
(f)steam turbine
If you want to see my powerpoint presentation you can download
here

What was interesting in this topic is the energy conversion in an alternator

Let us discuss
An alternator is a generator that produces alternating current. It is widely use in an automobile
In general, an alternator is devided into two parts which is the stator and the rotor. The stator contains solenoid and the rotor contains a miving magnetic field. The rotor is connected by a belt to the engine. the engine will cause the rotor to turn.
The energy conversion in an alternator is
kinetic energy to mechanical energy to electrical energy

Baca selengkapnya...

Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2009 untuk DG44(KUP)

2 comments
"GIVING is SHARING and CARING"
Saya rasa agak terlambat untuk membincangkan perkara ini kerana surat siaran dari KPM telah pun dikeluarkan pada 08 Julai yang lalu.Tarikh untuk sampai ke meja Pengetua ialah 7 Ogos manakala tarikh akhir untuk sampai ke meja Jemaah Nazir ialah pada 14 Ogos 2009.
Saya sebenarnya pun baru mengambil borang pada 31 Julai yang lalu itupun nasib baca Portal PPD Kuala Kangsar, kalau menunggu di sekolah saja tak mungkin berita akan sampai kerana mereka yang sepatutnya menjalankan tugas selalu tidak berada di sekolah dan kebanyakannya bersikap acuh tak acuh ke atas permohonan guru cemerlang. Biasalah itukan lumrah kehidupan.
Dalam borang permohonan tahun ini dinyatakan sebanyak 1,457 kekosongan untuk jawatan DG44(KUP). Pada saya itu satu jumlah yang banyak memandangkan ramai kawan-kawan yang tidak berminat untuk memohon jawatan GC ini.
Banyak versi yang menakutkan daripada orang-orang yang tidak memegang jawatan GC. Tetapi versi yang indah dihidangkan oleh mereka yang memegang jawatan GC. Terpulanglah versi mana yang kita suka sebab masing-masing mempunyai pendirian dan hala tuju sendiri.
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang ingin memohon bersama dengan saya pada tahun ini, teruskan niat anda yang murni itu kerana ALLAH akan sentiasa membantu orang-orang yang ingin maju ke hadapan
Kepada yang belum mengambil borang cepat-cepatlah muat turunnya di Portal KPM atau JPN atan PPD masing-masing.
Saya mengucapkan selamat pulun sampai habis dalam minggu ini (03 Ogos - 6 Ogos)kepada diri saya sendiri dan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menyiapkan dokumen-dokumen sokongan dalam urusan permohonan guru cemerlang. Semoga berjaya mendapat jawatan yang dipohon.
Baca selengkapnya...
 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--