expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Ayam masak merah

Wednesday, August 26, 2009

Ayam masak merah


Seperti mana dalam bulan puasa tahun-tahun lepas saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa bersama keluarga...
Antara masakan yang saya selalu masak setiap tahun ialah ayam masak merah
Untuk kawan-kawan yang nak mencuba masak ayam masak merah ni dirumah saya sertakan resepi dibawah..Cubalah ye..

Bahan-bahan ( masakan untuk 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
- salah satu alternatifnya ialah tak payah beli tomato dan sos tomato beli je pati tomato dalam tin selesai masalah-

## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
(yang ni tak payah pun tak pa sebab bila dah masak perut dah lapar)

Cara-cara
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato(kalau beli pati tomato masukkan le lepas tumis bahan yang dikisar). Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam.
Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--