Wednesday, September 2, 2009

Khasiat buah tamar dari sudut sains




Saya bukanlah orang yang terlalu mengagungkan sains yang disebut sebagai sainstomologi tetapi pada pandangan saya ilmu sains dapat meningkatkan lagi kefahaman tentang kejadian alam dan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang maha Esa

Dalam sebuah hadis daripada Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah mereka melaporkan nabi bersabda "Apabila seseorang berbuka puasa, berbukalah dengan buah tamar. Apabila ia tidak memperolehi buah tamar, berbukalah dengan air kerana air itu pembersih"

Dalam hadis yang lain yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim,Abdullah bin Jaafar berkata "Saya melihat Rasulullah memakan tamar yang basah dan sayuran daripada jenis mentimun"





Menurut satu kajian yang dilakukan oleh al-Shahib, W and Marshall, RJ bertajuk The Fruit Of The Date Palm: Its Possible Use As The Best Food For The Future, buah tamar boleh menjadi makanan pada masa hadapan. Ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi iaitu 44-48%, kadar serat antara 6.4-11.5%, kadar protein antara 2.3-5.6%, kadar lemak antara 0.2-0.5% dan minyak antara 0.2-0.5%. Justeru itu buah tamar dapat dianggap sebagai makanan ideal kerana mengandungi pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan manusia. Penemuan ini dikukuhkan lagi di dalam International Journal of Food and Science Nutrition, 54(4):247-259

Apa istimewanya Rasullullah makan buah tamar yang basah dengan buah mentimun?

Mentimum kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Disamping itu ia mengandungi vitamin C dan caffeic acid yang mampu menghilangkan bengkak di badan dan meredakan radang kulit. Tambahan pula ia mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Kajian terkini menunjukkan mentimun kaya dengan molibdenum, kalim, mengenes, asd folik, tryptophan dan magnesium. Kalium dan magnesium adalah zat-zat logam yang berperanan merendahkan tekanan darah seseorang justeru pengambilannya mencegah daripada penyakit darah tinggi.
Oleh kerana mentimun kaya dengan air pengambilannya bersama dengan makanan yang kaya dengan serat adalah baik sekali. Justeru perbuatan nabi mencampurkan mentimun dengan buah tamar adalah bermanfaat sekali!
Bukankah Allah telah menyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud "Dan pada diri Rasullulah itu adalah contoh ikutan yang terbaik"

Artikel ini disunting dari
Al-Quran Saintifik, Dr Danial Zainal Abidin, PTS Millennia, 2009
serta membuat perbandingan dengan Al-Quran.,

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--