Pernah tak anda menggunakan bas sebagai kenderaan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya secara ikhlasnya pernah menaiki kenderaan ini semasa di bangku persekolahan dan bas yang saya naik itu berwana kuning.
Saya tak pernah mempersoalkan mengapa bas berwarna kuning hinggalah saya membaca tajuk cahaya dan penglihatan satu topik dalam subjek sains KBSM.
Hampir ke semua bas sekolah di dunia berwarna kuning atau lebih tepat berwarna kuning pinang masak.
Dalam http://en.wikipedia.org/wiki/School_bus_yellow, warna kuning pinang masak ini mula diperkenalkan pada tahun 1939 di Canada dan USA. Pigmen warna kuning ini adalah suatu yang unik iaitu dibuatu daripada logam plumbum yang ditambah dengan kuning krom. Warna ini telah digunakan dan digazetkan sebagai warna rasmi untuk bas sekolah.
Biasanya manusia lebih cepat tertarik kepada warna-warna terang seperti kuning atau warna sekeluarga dengannya.
Pada satu-satu masa walaupun anda melihat kehadapan, anda boleh melihat objek kuning di sebelah anda-lebih cepat beranading warna merah
Dalam www.labmeeting.com/.../bleckmann-2008-peripheral-and-central-processing-of-lateral-line-information, saintis menyatakan perkara berkenaan sebagai penglihatan periferal lateral (lateral peripheral) mengesan warna kuning 1.24 kali lebih cepat berbanding warna merah.
Menurut satu kajian lain, semasa kabus atau jerubu, pemandu masih boleh melihat warna kuning berbanding dengan kenderaan berwarna lain.
Justeru atas dasar inilah bas sekolah sememangnya harus berwarna kuning
13 years ago
1 comments:
Terima kasih cikgu atas maklumat yang diberikan....
dari Syahiran 5 KFL 08/09
Post a Comment