Pernah tak kita merasa begitu sensitif sekali dengan ucapan atau perbuatan orang-orang yang kita kenali.
Saya selalu mengalami sedemikian...ini mungkin kerana saya terlalu mempercayai pada orang tersebut atau menganggap orang itu mudah untuk di bawa bergurau..
Mengapa berlaku sebegini? Jawapannya ialah dalam bidang psikologi manusia itu sendiri
Psikologi ialah kajian saintifik ke atas minda manusia. Minda manusia adalah suatu mesin yang kompleks dalam dunia ini. Ia adalah merupakan sumber kepada semua pemikiran dan kelakuan sifat manusia itu sendiri.
Perkara pertama yang saya akan perkatakan dalam catatan saya pada kali ini ialah tingkah laku atau sifat manusia (human behavior)
Psikologi tingkah laku manusia adalah sesuatu yang amat kompleks, macam mana cara kita cuba membincangkannya atau kita cuba untuk memberikan penjelasan tentangnya kita pasti akan menemui kesukaran
Menurut seorang psikologis barat yang terkenal "Myers-Briggs" dan "Keirsey", terdapat 16 tingkah laku khusus yang di miliki oleh seorang manusia yang mana ini akan menentukan personaliti manusi itu. Dan entah bagaimana sifat-sifat ini bercampur ianya kan memberikan maklumat samada manusia itu extovert atau introvert yang dikatakan sifat "Tikus" dan "Singa".
Mungkin kerana sifat inilah manusia mudah berubah pendirian jika diberi sebarang tekanan.
13 years ago
0 comments:
Post a Comment