Sunday, September 6, 2009

Membina minda positif


Minggu depan pelajar Tingkatan 5 Ketukangan di SMTKKangsar akan menduduki peperiksaan percubaan SPM bagi subjek Applied Science 4581 kertas 1 & 2. Tarikhnya pada 10 September 2009. Ada sesetengah daripada pelajar akan berkata "Susahla cikgu, macam mana ni?" atau "Saya malas la cikgu, kalau saya jawab pun dapat markah dan gred rendah juga"

Sebenarnya kedua-dua pelajar ini telah melaksanakan satu ujian kepada minda mereka.
Nampakkah bagaimana minda boleh membohongi diri anda sendiri hingga kita benar-benar percaya sesuatu itu sedang kita alami pada hal tidak begitu hakikatnya. Jika kepercayaan pelajar itu kuat, pelajar itu akan benar-benar menjadi malas dan matapelajaran Applied Science akan menjadi benar-benar susah!.

Apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang membuatkan hal in berlaku?

Disinilah buktinya menunjukkan kekuatan akal dan minda manusia. Minda kita sebenarnya berkuasa merealitikan apa sahaja yang anda imaginasi, sama ada imaginasi itu diransang oleh faktor luaran ataupun diri anda sendiri yang membangkitkannya.
Mengikut Dr HM Tuah Iskandar dalam bukunya "Membina Imaginasi Cemerlang", Bahagian minda yang terlibat dalam kes ini ialah minda bawah sedar (subconscious mind) dan minda sedar (conscious mind). Minda bawah sedar tidak dapat membezakan antara pengalaman sebenar dengan yang diimaginasikan. Bahagian ini akan bertindak secara automatik berpandukan matlamat-matlamat yang telah anda letakkan dalam minda sedar
Minda bawah sedar boleh diprogram oleh unsur-unsur luaran. Jadi apa yang berlaku kepada pelajar di atas bukankah suatu perkara yang mustahil. Minda memang hebat dan amat unik hingga boleh berfungsi jauh lebih hebat daripada sekadar berfikir dan mengingat malah boleh bertindak sendiri (Inilah gadjet terhebat yang dibekalkan Allah kepada manusia sebagai alat bantuan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini. Dan seharusnya manusia bersyukur)

Sebagai contoh, anda sihat diawal pagi tadi tapi akhirnya sakit menjelang tengahari. Apakah yang menyebabkan begitu? Tidak lain minda anda sendiri dibantu oleh faktor luaran seperti tidak membuat kerja sekolah, tidak siap tugasan ataupun tidak suka guru tersebut.

Contoh lain, jika anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan berasa lapar. Buktinya dalam menjalani ibadah puasa, anda tidak memikirkan lansung tentang makan tetapi mampu melakukan semua aktiviti harian tanpa terlalu bersusah payah.

Otak manusia dipenuhi dengan 10 billion neuron!, sedangkan tiga butir neuron sahaja menyamai komputer Pentium 4. Justeru itu para saintis masih lagi menkaji keajaiban otak kerana masih belum diketahui secara mendalam.

Berpandukan fakta ini, apakah yang akan berlaku jika anda meransang diri dengan kata-kata, "Aku seorang yang cemerlang" atau ""Wahai diri engkau sebenarnya hebat"" juga ""Aku seorang yang baik"" ataupun ""Aku ni peramah, semua orang suka aku"." Tapi harus diingat kata-kata ini janganlah dilafazkan dikhayalak ramai kerana untuk mengelakkan fitnah dan sifat riak dan takabbur, lafazlah kata-kata ini sebelum tidur, dalam doa selepas sembahyang atau selepas bangun dari tidur

Semua yang kita fikirkan tentang diri kita akan dipercayai oleh minda tanpa kita ketahui ia akan bekerja sendiri untuk merealitikan apa yang kita fikirjan itu. Masalah berjaya atau tidak bergantung kepada bentuk usaha yang dilakukan dan bagiamana tahap kesungguhan kita. Satu lagi unsur menentukan kejayaan ialah keizinan Tuhan yang Maha Esa. Oleh itu, dalam masa kita meletakkan imaginasi yang sempurna ke dalam minda, perlu juga didorong oleh usaha ialah secara fizikal dan penggantungan harapan yang cukup tinggi berbentuk doa.

Berdasarkan ini bagaimana kalau anda cuba mentafsirkan akronim ejaan nama anda kepada perkara-perkara positif supaya anda mendapat manfaatnya.

Contoh:
Bagi seseorang yang bernama MAHFUZ








AKRONIM DEFINISI
M Membina imaginasi cemerlang
A Aku yang terbaik
H Hati bulat dengan keputusan yang aku buat
F Fuh, semua orang menyukai ku
U Untuk yang satu hidupku ini
Z Zabib


Anda boleh cuba contoh-contoh akronim di bawah ini













`














HURUF DEFINISI
A Aku yang terbaik
B Bersungguh dalam semua kebaikan
C Cinta murni
D Dedahkan kehebatanku
E Elak hal-hal sia-sia
F Fuh, semua orang suka aku
G Geliga otak aku
H Hargai diri
I Indahnya dengan Islam
J Jika aku silap betulkan
K Kerana aku dijadikan tidak sia-sia
LLempar jauh-jauh benda tidak baik
M Mmbina imaginasi cemerlang
N Neraca timbang cara
O Otakku geliga
P Pintar
Q Quran pegangan/panduanku
R Rahsia kehebatanku
S Sayang diri sendiri
T Tak mungkin aku gagal
U Untukyang tuhan yang satu
V Viscocity with knowledge
W Wahai diriku yang tiada duanya
X X-Ray diri ku sebelum tidur
Y Ya, kalau bukan aku siapa lagi
Z Zabib/Zuhud


Sumber rujukan:
1. Membina imaginasi cemerlang, Dr Tuah HM Iskandar,
2. www.feelingwhole.com
3. www.real-hypnosis.com
4. Dewan kosmik, April 2003 m/s 32-33

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--