Monday, September 14, 2009

Mengapa Anda Harus Ada Blog


Apakah itu blog?Apakah bezanya antara blog dan laman web?Perlukah saya ada blog?
Jawapan saya ialah Blog adalah salah satu jenis laman web yang sama seperti forum dan portal cuma rupa yang sahaja berbeza. Blog mempunyai beberapa jenis. Blog biasa bersifat jurnal dan peribadi selain itu terdapat juga blogfoto, vblog, podcast, autoblog dan banyak lagi
Kenapa kita perlukan blog?

1. ILMU
Inilah sebab utama mengapa anda perlu ada blog
Seorang guru akan mengepos catatan mengenai P&P nya. Seorang doktor akan mengepos mengenai tips-tips kesihatan atau info penyakit semasa. Seorang peguam akan menceritakan bagaimana hendak mendakwa orang yang tidak bertanggungjawab. Dalam isu lain, Malaysia kekurangan sumbangan ilmu dalam Bahasa Melayu di alam maya. Jadi blog adalah jawapannya

2. EMOSI
Dunia yang semakin pantas bergerak akan mendatangkan tekanan. Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi dan akan membawa kepada masalah psikologi. Biasanya kita akan meluahkan pada isteri, kekasih, ahli keluarga namun kadang-kadang kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka. Jadi buatlah blog untuk meluahkan perasaan anda.

3. EKONOMI
Membuat blog boleh menghasilkan pendapatan tambahan. Tetapi perlulah perancangan dan ilmu yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat.

4. DIARI
Kita boleh menulis perkara yang berlaku setiap hari atau perkara yang tiba-tiba berlaku dalam perjalanan hari kita. Kita tidak mampu untuk mengingat semua benda tambahan pula perkara itu berlaku pada tiga bulan lepas. Justeru blog adalah jawapannya. Tetapi jangan bimbang blog mempunyai fungsi pos peribadi (private) yang memerlukan kata laluan untuk membacanya.

5. BENCHMARK
Blog juga mempunyai fungsi besar tanpa disedari iaitu kayu pengukur [benchmark] tentang siapa diri kita pada masa lalu dan hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dahulu?Adakah kita masih berangan tak sudah-sudah?Adakah kita lebih baik dan hebat berbanding 3 tahun lepas?Jika kita masih sama, buatlah sedikit perubahan dengan membina blog.

6. PORTFOLIO
Sesetengah Blogger akan menghantar catatan berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan, tentang minat atau hobi mereka. Contohnya seorang guru Bahasa Melayu akam mengepos catatan mengenai masalah-masalah tatabahasa dalam Bahasa Melayu, puisi atau sajak. Guru sains akan mengepos tentang soalan-soalan latihan sains, fakta-fakta sains dan bermacam lagi yang berkaitan dengan dunia sains yang luas.

7. KENALAN
Jika ditakdirkan tuhan, salah seorang dari teman karib kita semasa di bangku sekolah atau Universiti akan menemui blog kita melalui enjin carian. Nah, ikatan yang sekian lama akan terjalin semula.

8. KOMUNIKASI DAN PENULISAN
Ini sebenarnya berlaku pada saya sendiri. Dengan menulis blog ia sebenarnya menambahkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi. Dalam masa saya menulis catatan terbaru saya, saya ada membuat sedikit kajian dan rujukan. Ini secara tidak lansung meningkatkan kemahiran menulis saya. Kita sebagai manusia mempunyai pemikiran dan perjuangan yang tersendiri, sebagai contoh rakan kita mungkin tidak setuju dengan pendapat dalam catatan kita. Dengan menjawab kembali pandangan mereka dengan hujah-hujah kita sudah tentu akan menguatkan keyakinan diri.

9. MINAT
Kita boleh salurkan minat kita ke Blog. Jika kita berbakat menulis, melukis, merakam lagu, video atau apa jua sekali pun ceritakanlah dalam blog kita. Jangan biarkan bakat dan minat kita terbiar begitu sahaja.

10. MENJUAL DIRI
Jangan salah faham. Bukan untuk menjual maruah diri. Menjual diri di sini bermaksud menceritakan pada dunia tentang siapakah diri kita dan apa ilmu yang ada pada diri kita. Kita boleh menceritakan apa saja tentang ilmu kita, kepakaran kita ataupun kemampuan diri kita. Ini akan menambahkan keyakinan kita ke atas apa yang kita miliki

Terlalu banyak peluang yang harus kita rebut pada zaman ini, zaman sains dan teknologi. Maka rebutlah rakan-rakanku sekalian supaya satu hari nanti kita tidak akan menyesal.....
Wassalam

Sumber Bacaan
1. Majalah PC, Kumpulan Karangkraf, Februari 2008, ms 38-39

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--