Pada catatan saya diwaktu petang tadi, saya menceritakan tentang ceramah nuzul al-quran oleh Ustaz Dr Jamnul Azhar. Saya sempat mencatatkan beberapa isi penting tentang kehebatan al-quran dan kaitannya dengan pembangunan teknologi sains. Antara yang sempat saya catat ialah ustaz telah membawakan ayat-ayat dari surah al-zalzalah dan kaitannya dengan nanoteknologi.
Surah al-zalzalah ialah surah ke-99 dalam al-quran dan mengandungi 8 ayat
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),
2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,
3. dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",
4. pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
5. kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
6. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
7. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.
8. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
Ayat ini menerangkan tentang kejadian yang dahsyat yang akan berlaku menjelang hari kiamat. Apabila tiba hari tersebut bumi akan digoncangkan dengan sedahsyat-dahsyatnya yang tak pernah terbayang oleh pemikiran manusia.
[Segeralah mencari keredhaan Allah rakan-rakanku supaya kita selamat takkala hari tersebut menemui kita]
Pada ayat 7 dan 8, Allah menegaskan siapa yang berbuat baik walaupun sebesar zarah akan dibalas dengan setimpalnya begitu juga sebaliknya.
Istilah zarah dalam ayat ke 7 dan 8 inilah yang mencetuskan idea para saintis islam untuk mengkaji dengan lebih mendalam apakah rahsia di sebalik perkataan itu. Ini kerana kita manusia perlu mengetahui setiap ayat di dalam al-quran mempunyai pelbagai rahsia yang tersembunyi. Sebab itulah kita diberikan akal untuk memikirkannya supaya kita kembali menginsafi kekerdilan diri kita di dalam alam yang luas ini lantaran mengagungkan kebesaran Allah.
Pada zaman selepas kejatuhan tamadun Islam di Andalusia, ramai saintis Barat telah mengemukakan teori atom. Orang yang pertama ialah John Dalton sehinggalah model atom moden yang dicadangkan oleh Neils Bohr, Ernest Rutherford dan James Chadwick pada sekitar tahun 1911-1940. Para orientalis beranggapan ini merupakan idea baru sedangkan teori atom ini telahpun diperkenalkan oleh saintis Islam seperti Jabir al-Haiyan, Al Zahrawi dan Jaifar al Sadiq. Nama-nama pengasas teori atom ini cuba dihilangkan oleh golongan orientalis namun pada satu hari nanti saya berpendapat kebenaran akan pasti datang yang hak akan menenggelamkan yang batil. Al-quran merupakan rujukan kepada saintis Islam, justeru tidak hairanlah pemikiran mereka telah mendahului zaman mereka.
Berbalik pada ceramah Ustaz Dr Jamnul Azhar, beliau berpendapat perkataan zarah pada ayat ke 7 dan 8 adalah menerangkan teori atom. Katanya berdasarkan ayat 7 dan 8 itu, perbuatan manusia walaupun sebesar atom akan dibalas oleh Allah. Saya amat bersetuju dengan pandangan ini.
Atom daripada takrifan bahasa Yunani bermaksud sesuatu yang tidak dapat dipecahkan lagi. Dalam atom terdapat zarah sub atom iaitu proton, neutron dan elektron. Dengan pengetahuan tentang atom manusia dapat berfikir bahawa untuk menjuruterakan sesuatu yang hebat kita perlu bermula dengan sesuatu yang kecil dan berkuasa. Maka lahirlah teknologi yang dinamakan sebagai nanoteknologi. Teknologi ini sungguh mengkagumkan.
Pernahkan kita terfikir bahawa dengan hanya menyapukan serbuk ke muka, wajah yang rosak dapat dipulihkan tanpa perlu melakukan pembedahan?
Serbuk tersebut bukanlah sekadar krim atau ubat sapu yang bertindak balas ke atas sel sel kulit tetapi suatu teknologi pengubahsuaian sel. Inilah antara keajaiban ayat 7 dan 8 dalam surah al zalzalah ini yang telah melahirkan satu teknologi yang bakal mendominasi pasaran pada kurun ke-21.
Aplikasi nanoteknologi dan sub topik
Peralatan nano dan penderia | Nanopartikel | Nano struktur | Sains hayat dan perubatan |
Pameran | Pemangkin | karbon nanotiub | Genomik |
Kristal fotonik | penjerap | pemangkin | molekul |
spintronik | polimer | | sistem biomemtik |
kerintangan magnetik besar dan sel solar | aloi semikonduktor | | glikolipid |
Apakah itu nanoteknologi?
Nanoteknologi merupakan satu bidang sains yang membangunkan struktur, peralatan serta aturan dengan dimensi di antara 1 hingga 100 nm. Satu nanometer (nm) adalah bersamaan dengan satu bilion daripada satu meter(1nm = 1 x 10-9). Sebagai anologinya, bayangkan manusia mengecil sehingga 1,000 kali, mungkin saiz menjadi sebesar lalat dengan kiraan milimeter. Atom merupakan bahan binaan asas bagi setiap benda samada hidup atau tidak, mempunyai saiz antara 0.1 nm hingga 0.5 nm. Sebagai contoh panjang satu pusingan "double helix" DNA adalah 3.4 nm, protein 10 nm dan sel pula 10 mikron
Kita perlu mengambil tahu teknologi ini kerana ia telahpun digunakan dalam
1. Penapis Udara NanoBreez
2. Jaket ski kalis air
3. kamera digital OLED
4. Stokin Nano
5. Raket dan bola tenis
6. Dipasang dalam Bolasepak semasa EURO 2008
7. Ipod
8. Nano Tag
9. Nano robot untuk tujuan diagnosis penyakit dan banyak lagi.
Terlalu hebat teknologi ini. Ini kerana teknologi ini datangnya dari al-Quran!
Kesimpulannya kita harus mengkaji ayat-ayat Allah untuk menjadi hebat seperti para saintis di zaman kegemilangan tamadun Islam
Baca selengkapnya...