expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Fakta sejarah kegemilangan sains dalam tamadun Islam yang dilupakan

Wednesday, September 16, 2009

Fakta sejarah kegemilangan sains dalam tamadun Islam yang dilupakan


Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan perjuangan dalam menambah pengetahuan dalam dunia ilmu yang sangat luas ini.
Pada hari ini berlansung majlis perasmian penutup sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.

Majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan NYDP PIBG SMTKKangsar sebagai tetamu jemputan khas. Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran tokoh generasi yang lahir dan berada di zaman perjuangan kemerdekaan.


Bagi diri saya yang kerdil ini, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada semua AJK Sambutan Kemerdekaan Sekolah kerana berjaya mengurus dan menganjurkan sambutan kemerdekaan kali ke-52 peringkat sekolah dengan baik sekali. Tahniah dan syabas.

Kemerdekaan telah membawa satu episod baru dalam kehidupan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang hidup di zaman 50 tahun selepas merdeka harus sedar dengan sejarah kemerdekaan negara. Saya teringat akan kata-kata mantan menteri pendidikan yang sekarang menjadi ketua pembangkang di Parlimen Malaysia katanya "kita perlu menjadikan sejarah sebagai satu bahan rujukan untuk meneruskan agenda negara, sejarah mengajar kita untuk berdikari dan muhasabah diri untuk maju ke hadapan". Ucapan ini ialah sempena perbahasan untuk menjadikan subjek sejarah sebagai subjek teras di sekolah

Disamping mendalami sejarah Malaysia, saya sering membaca tentang sejarah kegemilangan sains dalam tamadun islam. Sejarah ini sering cuba dilenyapkan oleh golongan musuh islam dan manusia yang berfahaman orientalis. Antara maklumat yang saya dapat kumpulkan dalam catatan kali ini ialah

1. Kegemilangan sains dalam tamadun Islam bermula antara pertengahan abad kelapan hingga permulaan abad ketiga belas (701M-1190M/92H-897H). Ia bermula sejak pembukaan kota Andalusia oleh Panglima Islam Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Azaz bin Musa. Tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa tamadun Islam merupakan tamadun yang paling terkemuka serta mengatasi tamadun lain.

2. Sarjana Islam mempelopori perkembangan dunia ilmu pengetahuan dan meningkatkan taraf ilmu yang diwarisi daripada tamadun sebelumnya (Mesir Purba, Yunani, China) ke tahap yang lebih tinggi untuk diwarisi oleh tamadun berikutnya.

3. Sarjana Islam telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun manusia dan perkembangan ilmu sains kepada dunia secara menggunakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam meneroka pelbagai bidang ilmu.

4. Sarjana Islam juga memperolehi pengetahuan menerusi penterjemahan dokumen yang dihasilkan ole tamadun sebelumnya (tiada pernah dilakukan oleh mana-mana tamadun lain sebelumnya kerana sifat ego dan ketidakkongsian tamadun itu sendiri) bagi memantapkan dan memperkembangkan bidang ilmu berkenaan.

5. Peringkat pertama penterjemahan ditumpukan kepada ilmu yang boleh memberi penyelesaian masalah kehidupan harian seperti perubatan, astronomi dan kimia.

6. Peringkat kedua penterjemahan mencakupi ilmu Mantik Yunani dan Matematik Hindu. Antara penterjemah yang terkenal ialah Hunnaim ibn Ishak (808-873M), Thabit ibn Qurah (834-901M) yang telah menterjemahkan buku Element karya Eulid ke bahasa Arab.

7. Salah satu sumbangan Tamadun Islam dalam bidang Matematik yang terkenal ialah sistem nombor yang digunakan pada hari ini (1,2,3,4,5,6,7,8,9,0).

8. Sarjana Al Khawarizmi (780-850M) sentiasa diingati oleh ahli sains dan matematik kerana sumbangannya yang besar dalam ilmu Aljabar (Algebra) dan bukunya Al Jabr Waalmuqabala sentiasa dirujuk sehingga kini.

9. Al Battani mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri dan kaedah ini sentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad ke tujuh belas seperti Copernicus, Keppler dan Galileo.

10. Al Razi atau Abu Bakar Mohammad ibn Zakaria al Razi (865-927M) merupakan antara tokoh perubatan Islam yang agung yang mana karya beliau melebihi 200 judul. Antara penyakit yang pernah dikaji pleh beliau ialah campak dan cacar.

11. Ibn Sina (980-1037M) ialah tokoh dalam bidang falsafah, astronomi, matematik dan perubatan. Dalam bidang perubatan beliau memeberikan sumbangan yang tak ternilai dalam bidang oftalmologi. Karya perubatan beliau yang teragung ialah Qanun Fi al Tibb (Kanin Perubatan) telah dijadikan teks perubatan di universiti-universiti Eropah selama lebih kurang 600 tahun.

12. Al-Zahrawi ialah tokoh pembedahan yang ulung yang pernah dilahirkan dalam Tamadun Islam (rujuk catatan saya pada 02 September 2009)

Sebagai kesimpulan, para sarjana Islam telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun manusia dan perkembangan ilmu sains dan teknologi pada zaman ini. Hakikat ini jelas diperlihatkan dengan terdapat lebih daripada suku juta manuskrip sarjana Islam dalam perpustakaan-perpustakaan besar pada hari ini.

Sejarah harus diselami dan diterokai kerana dengan pengetahuan sejarah kita dapat membentuk diri kita ke arah insan yang lebih berguna untuk agama, bangsa dan negara..
Wassalam.....

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--