expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Kuasa pengguna

Monday, September 28, 2009

Kuasa pengguna


Satu Malaysia
.
1 pengguna, 1 suara


Pengguna yang berkuasa boleh diinterpretasikan sebagai semangat untuk menyatukan pengguna dan mewujudkan satu kuasa pengguna yang bukan sahaja mampu mempengaruhi permintaan dan penawaran, tetapi dapat melahirkan masyarakat yang berkuasa menentukan harga barang dalam pekhidmatan dalam pasaran
Apabila pengguna bersatu, maka kita lebih berkuasa di pasaran dalam memastikan peniaga tidak menindas pengguna sewenang-wenangnya.
Isu-isu kepenggunaan semasa kini lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan mengenai kepenggunaan yang menyeluruh. Ia bukan sekadar isu gores dan menang, skim cepat kaya dan barangan cetak rompak sahaja malahan juga tanggungjawab sebagai pengguna untuk membuat aduan dan mendapat gantirugi.

Justeru, pengetahuan kepenggunaan bukan lagi menjadi pilihan tetapi keperluan bagi kita semua agar hak kita sebagai pengguna tidak dinafikan.
Pengguna yang berkebolehan untuk melaksanakan perlindungan kendiri atau 'self-protection' akan bersedia untuk mnghadapi kebangkitan isu-isu kepenggunaan dalam negara yang semakin kompleks dan dinamik.
Pihak pengeluar akan akur dengan kehendak pengguna apabila mereka bertindak dalam satu barisan dan satu suara.
Bertindaklah secara bijak serta gunakanlah kuasa pengguna yang ada pada kita dengan baik dan berkesan bagi menjamin kesejahteraan ekonomi negara.

Antara kuasa kita sebagai pengguna ialah:

1. Menyuarakan pendapat
2. Membuat aduan jika perlu
3. Bersatu padu untuk melaporkan penyelewengan.

Tanggungjawab pengguna

1. Kesedaran mengkritik
Kita sebagai pengguna mestilah sedar tentang kebolehan mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan.

2. Pembabitan dan tindakan
Kita juga harus sedar dalam sentiasa membabitkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna.

3. Tanggungjawab sosial
Kita mestilah
(a) bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial
(b) amalkan sikap mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu jika ada yang tidak kena, walaupun diri kita tidak terbabit secara lansung.

4. Tanggungjawab Alam semulajadi
Kita haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi atas keputusan mereka mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni.

5. Bersatu padu
Kesepaduan antara pengguna adalah tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah tentang kepenggunaan.

8 Hak Pengguna
1. Hak untuk mendapat keperluan asas
2. Hak untuk membuat pilihan
3. Hak untuk mendapatkan maklumat
4. Hak untuk mendapat ganti rugi
5. Hak untuk mendapat perkhidmatan dan barangan yang selamat
6. Hak untuk menyuarakan pendapat
7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang bersih dan selamat.

Semoga maklumat yang ingin dikongsi ini akan dapat membantu kita dalam kehidupan kita sebagai pengguna.
InsyaAllah.......

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--