Wednesday, September 16, 2009

Majlis berbuka puasa anjuran Dewan Makan SMTKKangsar


Alhamdulillah hari ini di sekolah telah berlansung majlis berbuka puasa bersama pengetua anjuran kontraktor dewan makan sekolah. Makanan yang disediakan memang mewah antara yang terhidang ialah laksa, cendol dan kari kepala ikan.
Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk tatapan rakan-rakan pengunjung sekalian. Datangnya saya ke majlis ini kerana mendapat jemputan khas dari ketua warden atas tiket pengerusi kelab guru dan staf SMTKKangsar.

Gambar atas ini ialah gambar saya (baju hijau), Tuan Pengetua (Baju merah) dan dua orang yang di tengah ialah pengarah urusan kontraktor dewan makan yang datang jauh dari Kuala Lumpur.

Gambar ini pula guru kanan, penolong kanan KoKu bersama pengetua dan bos kontraktor dewan makan.



Inilah keadaan pelajar lelaki SMTKKangsar yang sanggup berbuka di atas gelanggang sepak takraw walaupun diberi meja dan kerusi di dewan makan. Apabila ditanya dijawab dengan katanya kerusi di dewan makan tidak mencukupi sedangkan saya perhatikan banyak kerusi kosong di dalam dewan makan.


Dua gambar di kanan dan bawah ini ialah gambar saya bersama dengan warden asrama yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjaga pelajar di asrama. Hanya Allah jua yang dapat membalas segala pengorbanan tuan-tuan sekalian.


Akhir kata saya mengucapkan terima kasih atas jemputan asrama ke atas saya. Semoga kita semua warga SMTKKangsar memperoleh kejayaan dan keredhaan Allah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Wassalam.....

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--