expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Majlis Khatam al-Quran dan Nuzul Quran 2009

Thursday, September 17, 2009

Majlis Khatam al-Quran dan Nuzul Quran 2009


Alhamdulillah pada hari ini telah berlansung dengan jayanya sambutan majlis khatam al-quran dan nuzul al-quran peringkat sekolah bagi tahun 2009. Sambutan ini diuruskan oleh panitia pendidikan islam SMTKKangsar. Sambutan ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu bacaan ayat-ayat suci al-quran dari surah ad-dhuha hingga surah an-nas, majlis kemudiannya diteruskan dengan peenyampaian cenderahati dan wang raya kepada anak-anak yatim SMTKKangsar. Majlis kemudiannya diserikan dengan ceramah nuzul al-quran oleh penceramah jemputan Ustaz Dr Jamnul Azhar b Mulkan. Kemudian acara kuiz keagamaan antara pelajar lelaki dan perempuan. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman antara guru dan pelajar SMTKKangsar


Sebahagian daripada guru-guru yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis khatam al-quran 2009
Teima kasih saya ucapkan kepada guru-guru lelaki yang dapat hadir ke majlis ini walaupun kesibukan dalam persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Antara guru wanita yang dapat hadir (kiri) dan sebahagian daripada pelajar lelaki (gambar bawah) yang hadir semasa majlis khatam al-quran, sebahagian pelajar aliran teknikal masih lagi terlibat dalam peperiksaan percubaan SPM 2009
Sebahagian daripada pelajar perempuan yang hadir

Majlis khatam al-quran tengah berlansung, saya berbesar hati kerana pengetua SMTKKangsar, Tn Hj Abdul Aziz bin Samshuddin bersama-sama membaca surah. Tn Haji Abdul Aziz memilih untuk membaca surah Ad-Dhuha. Terima kasih (bukan nak bodek, tp bukan senang nak dapat pengetua serba boleh ni)







Saya (blogmaster) tengah memperdengarkan bacaan al-quran, saya memilih untuk membaca surah al-bayyinah. Alhamdulillah saya dapat menghabiskan bacaan dengan baik sekali.





En Jamal (Pen Kanan HEM) memberikan sumbangan cenderahati dan wang raya kepada anak yatim di SMTKKangsar


Ustaz Dr Jamnul Azhar bin Mulkan sedang menyampaikan ceramah nuzul quran dengan begitu bersemangat sekali. Saya akan bincangkan intipati ceramah ustaz dalam catatan saya yang akan datang. Sebagai klunya ustaz ada membincangkan dengan kelajuan cahaya dan peristiwa Isra' dan mikraj. Insyaallah saya akan ulas tentang ceramahnya pada catatan akan datang

Majlis diakhiri dengan majlis bersalaman antara pelajar dan guru. Terima kasih kepada guru-guru yang datang untuk bersalaman dengan pelajar. Walaupun kehadiran guru pada slot ini agak mengecewakan namun majlis berjalan dan berakhir dengan lancar sekali. Oleh kerana kehadiran guru dalam slot ini amat mengecewakan, saya tiada mengambil gambar semasa slot ini.

Terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan program ini pada tahun ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan.
Wassalam

1 comments:

Cikgu Mahfuza on September 19, 2009 at 7:22 AM said...

Salah satu budaya yang perlu disuburkan. Tapi budaya yang satu lagi tu, payah nak kata.

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--