expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Mengapa rambut beruban?

Saturday, September 12, 2009

Mengapa rambut beruban?


Apabila seseorang itu mula meningkat usianya, antara salah satu tanda ialah rambutnya beruban. Bagi bidang sains setiap sesuatu itu ada sebabnya. Ini kerana sains mengajar kita untuk mengkaji dan berfikir di sebalik kejadian itu berlaku


Suatu lumrah dan fitrah manusia itu sendiri, apabila usia meningkat sistem pertahanan badan serta penghasilan bahan-bahan kimia dalam badan akan menjadi semakin lemah. Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat dalam badan manusia yang dikenali sebagai pigmen.
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan pewarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau berwarna.


Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia akan mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh biologi masing-masing yang terdapat dalam gen yang diwarisi daripada waris masing-masing.

Keadaan pewarisan gen inilah yang menerangkan mengapa terdapat mereka yang telah beruban semasa usia remaja. Ini berlaku kerana sel yang menghasilkan melanin telah berhenti bekerja lebih awal

Antara langkah untuk menjaga rambut kita supaya tidak cepat beruban ialah jangan selalu mewarnakan rambut, kerana bahan kimia dalam pewarna rambut akan merosakkan folikel rambut.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--