expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Penggunaan Logam Perak dalam Pakaian Sukan

Tuesday, September 15, 2009

Penggunaan Logam Perak dalam Pakaian Sukan


Satu masalah yang dihadapi oleh ahli sukan ialah bau badan selepas sahaja selesai melakukan senaman atau beriadah. Para saintis yang terlibat dalam bidang sains sukan sentiasa mengkaji dan membuat analisis bagaimana untuk menghilangkan bau badan samada semasa bersukan atau selepas bersukan. Setelah pelbagai kajian dijalankan, saintis telah merumuskan untuk menambahkan logam perak (silver/argentum) dalam bentuk ion ke dalam pakaian sukan bagi membantu mengatasi masalah bau badan.
Sebelum ini logam perak telah lama digunakan dalam balutan luka bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan akibat daripada jangkitan bakteria.

Fakta tentang logam perak
Nama Logam: (Melayu): Perak/Argentum ; (Inggeris) : Silver
Simbol: Ag
Nombor atom: 47
Jisim Atom: 107.8682
Keadaan piawai: pepejal pada 298 K
CAS Registry ID: 7440-22-4
Kumpulan dalam Jadual Berkala: 11
Nama kumpulan: Logam syiling (Coinage metal)
Kala dalam Jadual Berkala: 5
Blok dalam Jadual Berkala: blok-d
Warna: Perak
Klasifikasi: Logam Metalik

Perak merupakan satu logam yang hebat bukan saja kerana kecantikannya tetapi ionnya (Ag+)adalah toksik kepada banyak jenis bakteria, virus, alga dan kulat. Oleh itu, apabila ia diletakkan pada kulit yang cedera atau terluka, ia akan membantu mengurangkan bau dan mengubati luka kerana bakteria akan dimusnahkan dan kulit boleh berkembang tanpa gangguan.

Salah satu aplikasi yang popular dalam pakaian sukan ialah X-Static (seperti jersi pasukan Malaysia 2008 oleh NIKE, jersi pasukan Argentina 2008 oleh ADIDAS dan jersi pasukan Cameroon 2007 oleh PUMA) yang digunakan dalam 1,000 jenis produk daripada pakaian sukan kepada stokin ke cadar hospital dan pakaian tentera.

Logam perak sangat berkesan kerana mempunyai ciri spektrum mikrobial yang amat luas. Ini bermakna logam perak boleh membunuh pelbagai jenis bakteria. Ia bertindak balas terhadap kedua-dua organisma gram positif atau negatif yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Dalam produk seperti stokin, bau stokin dihasilkan oleh ammonia dan protein. Ion perak akan bergabung dengan mana-mana ammnonia dan protein yang terubaisuai dan menghalang pengeluaran bau.
Bagi sesebuah syarikat pengeluar pakaian sukan, apabila mengambil keputusan untuk menggunakan logam perak dalam pakaian mereka perlu memastikan fabrik yang digunakan dan dihasilkan masih tetap seperti asli dan mempunyai stail dan selesa. Semasa saya membaca dan menulis catatan ini, teknologi berkenaan telah digunakan oleh Unifi's A.M.Y., Milikien's Alphasan dan Noble Fiber Technology X-Static. Mereka menghasilkan produk dengan memasukkan ion perak dalam bentuk matriks inorganik ke dalam benang poliester semasa proses menenun. Matriks berkenaan akan membebaskan ion perak secara perlahan semasa menghasilkan perubahan mekanisme dan menghasilkan kepekatan ion perak pada permukaan bahan berkenaan. Apabila produk pakaian sukan mengandungi perak bersentuhan secara terus dengan kulit, ion perak akan masuk ke dalam dinding sel organisma yang tinggal di sana (kulit manusia), mengganggu proses penghasilan tenaga dan menyebabkan mikro organisma berkenaan mati.
Disebabkan penggunaan logam perak dalam pakaian akan meningkatkan kos penghasilan dan menyebabkan harga pakaian melambung (lihat saja pada pakaian asli untuk jersi pasukan dalam liga perdana Inggeris yang berharga dari RM300 hingga RM800), banyak produk alternatif yang dapat membantu menghilangkan bau badan terdapat di pasaran. Biasanya produk anti peluh akan membantu menghalang perpeluhan tetapi akan membantu 'melindungi bau' yang terhasil daripada aktiviti bakteria.
Tetapi awas penggunaan logam perak yang berlebihan dalam produk antipeluh akan menyebabkan kulit menjadi gelap yang dinamakan argyria.

0 comments:

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--