expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> DEDAWAI BERISI: Terkorbannya Seorang Muslimah Sejati

Thursday, September 24, 2009

Terkorbannya Seorang Muslimah Sejati


Mungkin pada masa saya menulis catatan ini, berita ini telahpun dianggap terlalu lama kerana peristiwa yang menyayat hati ini berlaku pada masa kematian Michael Jackson. Tiada satu pun media antarabangsa melaporkan kisah tragis ini lantaran tertumpu kepada kisah kematian Raja Pop Dunia itu kecuali media di Mesir dan Iran.
Kisah yang saya ingin kongsi bersama dengan rakan-rakan ialah kisah seorang muslimah yang syahid kerana mempertahankan maruah dan tuntutan agama yang suci. Kisah ini adalah berkenaan seorang wanita muslimah yang bernama Dr Marwa al-Sharbini
Kisah ini sebenarnya berlaku di Jerman pada 01 Julai 2009, malah tempat berlakunya kisah ini seolah-olah cuba disembunyikan oleh kerajaan Jerman itu sendiri. Kisah Dr Marwa al-Sharbini ini banyak didedahkan di laman web dan portal berita. Banyak laman web yang menceritakan kisah sebenar di sebalik kematian Dr Marwa al-Sharbini.



Sepertimana wanita Islam yang bertudung dan hidup dalam budaya masyarakat Eropah yang jauh berbeza, Dr Marwa tentunya dipandang penuh prasangka terutama bagi mereka yang tidak mengenali Islam atau sememang membenci Islam
Dr Marwa al-Sharbini,32, seorang ahli farmasi, ibu beranak satu dan mengandung empat bulan terpaksa menemani suaminya Elwi Ali Okaz melanjutkan pengajian di Jerman atas pembiayaan kerajaan Mesir. Kisah Dr Marwa bermula apabila dia dan suaminya tinggal berjiran dengan Alex W, seorang pmuda kelahiran Russia yang sangat prejudis dan anti-Islam. Pada suatu hari di padang permainan kanak-kanak, semasa Dr Marwa menggunakan buaian kanak-kanak untuk anaknya. Alex W merampas buaian itu dan menuduhnya "Muslim terrorist". Sejak dari peristiwa itu, Alex W sering menggangunya dengan menuduhnya pengganas, dan lebih jahat lagi apabila menggelarkan diri Dr Marwa sebagai pelacur. Cacian dan hinaan itu dihadapi oleh Dr Marwa hampir setiap kali bertembung dengan Alex W. Malah pemuda itu juga pernah cuba menanggalkan hijab yang dipakai oleh Dr Marwa. Disebabkan tidak tahan dengan cacian dan hinaan berterusan, Dr Marwa membawa kes tersebut ke mahkamah di Dresden, Jerman.
Di mahkamah, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, Dr Marwa berhujah mempertahankan tindakan dan maruahnya sebagai umat Islam serta haknya untuk menutupi aurat selaras dan selari dengan tuntutan agama. Mahkamah telah memihak kepada Dr Marwa dan mengarahkan Alex membayar denda sebanyak 780 Euro atas alasan menghina kaum(walaupun nilai wang tidak seberapa, tapi ia merupakan kejayaan moral buat Dr Marwa)
Tersentak dengan keputusan mahkamah itu, Alex W telah memfailkan rayuan dan rayuan tersebut diterima dan pada 01 Julai 2009 ketika Dr Marwa sedang memberikan hujahnya di dalam ruangan saksi, Alex W bingkas bangun dan menikam Dr Marwa 18 kali dalam tempoh 30 saat yang menyebabkan kematian serta merta di dalam mahkamah. Suaminya Elwi Ali Okaz meluru cuba mempertahankan isterinya turut ditikam sebanyak 3 kali di kawasan dada dan perut. Melihat keadaan yang semakin sukar dikawal, mereka yang berada di dalam mahkamah bertindak memanggil anggota polis yang berada di luar mahkamah. Malang bertimpa, apabila Elwi Ali Okaz pula ditembak dibahagian kaki kerana anggota polis itu menyangkanya sebagai penyerang.

Pelbagai cubaan dilakukan untuk menutup kes ini daripada pengetahuan masyarakat antarabangsa. Alex W kini kini ditahan hanya dikenakan tuduhan pindaan baru iaitu membunuh kerana didorong oleh rasa kebencian terhadap Islam. Tiada kisah pembunuhan Dr Marwa diberi liputan meluas oleh BBC, CNN, ABC, Fox News dan media barat lainnya. Kisah Dr Marwa bukan sahaja tidak mendapat pembelaan sewajarnya di media Barat khususnya di Jerman malah sebuah akhbar Jerman versi dalam talian, Die Welt, tanpa rasa bersalah memuatkan komen pembacanya yang penuh dengan hinaan, cacian terhadap Dr Marwa dan Islam. Persoalan yang timbul dalam kalangan umat Islam, sekiranya yang menjadi mangsa ialah rakyat Jerman yang beragama Kristian dan pembunuhnya ialah orang Islam, tentu kisah ini menjadi sebaliknya.



Bagi umat Islam, Dr Marwa seharusnya merupakan simbol muslimah sejati yang sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah dan tuntutan agamanya. Di Mesir, terutamanya di Alexandaria tanah kelahirannya, ribuan umat Islam meratapi kematiannya ketika jenazah Dr Marwa dibawa balik untuk disemadikan. Nama Marwa juga turut diabadikan pada sebatang jalan sebagai menghargai dan mengenang pengorbanannya demi mempertahankan maruah dan kesucian Islam.

Sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran yang waras seharusya kita menjadikan kisah Dr Marwa ini sebagai pemangkin untuk mendalami ilmu agama supaya kita mampu mempertahankan agama yang suci ini ,Islam, sekiranya dicabar oleh musuh-musuh Islam.

Kisah ini saya baca dalam
1. latenightsurgery.blogspot.com/
2. Majalah Dewan Masyarakat, September 2009
3. syifaarjuna.blogspot.com/
4. www.eramuslim.com/

Semua alamat laman maya yang saya tulis di atas datangnya dari negara Mesir, Iran dan Indonesia. Terlalu sedikit laman maya dari Malaysia yang membicarakan tentang peristiwa ini.Sekiranya ada maklumat tambahan laman dari Malaysia sila khabarkan pada saya dengan menulis alamat lamannya di dalam ruangan komen di bawah ini....
Wassalam.....

1 comments:

Cikgu Mahfuza on September 24, 2009 at 7:14 PM said...

Al-Fatihah buat beliau. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan para syahidah.

 

DEDAWAI BERISI Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template--